Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya
di balik gunung Qof terdapat sebidang tanah putih yang tiada tumbuhannya. Luas
tanah itu seperti luas dunia tujuh kali, disitu penuh sesak dengan malaikat.
Sehingga andaikata sebuah jarum dijatuhkan dari atas niscaya terjatuh diatas
salah satu dari mereka.
Tiap-tiap
tangan mereka memegang bendera yang panjangnya empat puluh farsakh. Tiap
bendera tulisannya.
“Laailaahaillallaah-Muhamammadur
Rasulullah”.
Tiap-tiap
malam jum’ah, mereka berkumpul dikeliling gunung itu untuk merendahkan diri
kepada Allah, dan memohon keselamatan buat umat Muhammad SAW.
Jika
fajar subuh sudah terbit, mereka berdo’a : Ya Allah, ampunilah orang yang mandi
hari Jum’ah dan yang datang menghadiri Jum’ah. Mereka berdo’a dengan suara
tangis dan keras.
Lalu
Allah berfirman : Hai Malaikatku ! Apa yang kalian kehendaki ?
Mereka
menjawab : Kami berkehendak, engkau mau mengampuni dosa umat Muhammad SAW. Aku
telah mengampuni mereka, jawab Allah SWT.
Bukit
Qaf yang dicipta oleh Allah dari jamrud yang hijau (sehingga warnanya
berpengaruh terhadap warna biru langit dunia yang sering dan selalu kita
saksikan) adalah bukit yang mengelilingi ke segenap penjuru pada urat bumi agar
bumi tidak bergerak bergoncang dan ia dijaga oleh satu malaikat yang besar,
kekar dan kuat.
Pada
suatu hari Saidina Iskandar Zul-Qarnain naik ke atas bukit Qaf dan bertanya:
“Hai Jabal Qaaf, di bawahmu ada sejumlah bukit-bukit kecil, coba ceritakan
kepadaku kekuasaan Allah yang demikian itu”, jawab bukit Qaaf: “Di balik saya
ada bumi yang berjarak 500 tahun perjalanan ditambah pula oleh Allah yang
memiliki kekuasaan yang sangat besar yakni 500 buah bukit yang dijadikan dari
air yang dibekukan, bukan es atau salju. Dengan air yang dibekukan dimaksudkan
sebagai daya tahan terhadap lapisan-lapisan bumi agar tidak habis hancur
terbakar oleh kedahsyatan ganasnya api neraka yang ada di bawah lapisan bumi
yang terbawah”. “Dan dipancangkan-Nya di bumi itu gunung menjadi pasaknya agar
kamu tidak berguncang” (Luqman: 10). “Dan bersegeralah untuk mendapatkan
ampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan surga seluas langit dan bumi yang
disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa” (Ali Imran: 133).
Seluas
langit dan bumi memberikan arti dua kali lipat. Langit berpasangan dengan bumi,
matahari dengan bulan, siang dengan malam. “Maha Suci Allah yang telah
menciptakan segala sesuatu berpasangan” (Yasin: 36). Kita dipastikan mengerti
maksud berpasangan itu bagaimana. Tentunya luas, panjang, lebar dan besarnya
adalah sama. Kalau tidak sama, orang jawa menyebutnya “Gitang” (pincang).
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh langit dan bumi seperti itu pula”
(al-Thalaq: 12).
Sewaktu
Saidina Abdullah bin Salam bertanya kepada Nabi Saw.: “Dengan apa bumi ini bisa
tenang?”, jawab Nabi Saw.: “Dengan beberapa gunung“, pertanyaan berikutnya:
“Dengan apa gunung-gunung itu dikokohkan?”, jawab Nabi Saw.: “Dengan gunung Qaf
yang dibuat dari zamrud hijau dan birunya langit“, setelah itu ditanya lagi:
“Berapa jarak tingginya dari bumi ke langit dunia?”, jawab Nabi Saw.: “500 tahun
perjalanan“. Pertanyaan selanjutnya tentang jarak antara perjalanan kiri dan
kanannya (utara-selatan) dari titik tengah? jawab Nabi Saw.: “200 tahun
perjalanan” dan ketika ditanyakan tentang penghuni bumi yang berlapis tujuh
itu. Nabi Saw. menyebutkan: “Penghuni lapisan ketujuh adalah para malaikat,
penghuni lapisan keenam adalah Iblis beserta bala tentaranya, penghuni lapisan
kelima adalah setan, penghuni lapisan keempat adalah ular, penghuni lapisan
ketiga adalah kalajengking, penghuni lapisan kedua adalah jin, dan penghuni
lapisan pertama adalah manusia“. Allah berfirman: “Dan di bumi terdapat
bagian-bagian yang mendampingi” (al-Ra’d: 4).
Berkaitan
dengan ayat ini, Nabi Saw. selanjutnya menerangkan bahwa di belakang gunung Qaf
ada +70 bumi dari misik (kasturi), +70 bumi dari emas, +70 bumi dari besi, +70
bumi dari Anbar, +70 bumi dari kapur. Di belakang ini semua terdapat alam
malaikat. Tidak ada satu manusia-pun yang mengetahui jumlah para malaikat ini
kecuali Allah, dan mereka bertasbih dengan kalimat: “La Ilaha Illallah
MuhammadurRasulullah”.
Dalam
masalah bumi ini, Saidnuna Ibnu Abbas Ra. mengatakan: “Bahwasanya tiap-tiap
bumi, sebagian dari padanya seperti bumi kita ini dan di dalamnya terdapat alam
seperti alam kita”.
Nabi
Saw. bersabda: “Hai Aisyah! di alam yang tidak nampak ini, terdapat hujan,
mendung, matahari dan bulan. Tidak ada yang mengetahui kecuali kekasih Allah
dan orang-orang yang baik“.
kita
bincang daripada permulaan alam.
Alam
keseluruhannya dinamakan alam kejadian atau alam makhluk atau segala sesuatu
yang Allah ciptakan daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah ke
sebesar-besarnya. Makhluk kejadian Allah boleh dibahagikan kepada tiga
peringkat alam.
1:
Alam Syahadah
2:
Alam Misal
3:
Alam Arwah.
Alam
Syahadah adalah benda dalam erti kata yang luas. Jangan menyangka sesuatu yang
jauh dan tidak dapat dipandang dengan mata kasar itu sebagai bukan benda. Jika
bintang merupakan benda yang paling jauh kelihatan pada pandangan kita, yang
lebih jauh daripada bintang dan tidak dapat dipandang juga termasuk dalam
kumpulan kebendaan. Benda atau jisim boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1:
Jisim yang boleh dilihat dan dipegang
2:
Jisim tipis yang ditembusi pandangan (transparent)
3:
Jisim halus yang ghaib.
Ketiga-tiga
jenis jisim tersebut boleh didapati di dalam Alam Syahadah. Alam Syahadah pula
boleh dibahagikan kepada empat peringkat alam.
1:
Alam Langit Dunia
2:
Alam Bumi
3:
Alam Langit-langit
4:
Alam al-Kursi Yang Agung.
ALAM
LANGIT DUNIA
Satu
bahagian kecil daripada alam ini ialah planet bumi di mana tinggal di atasnya
makhluk yang berbangsa manusia. Planet bumi bersama-sama bulan dan
planet-planet yang lain berada di dalam satu tingkatan alam yang dinamakan
Sistem Matahari. Pada mulanya ahli astronomi menyangkakan matahari menjadi
pusat kepada alam. Penemuan kemudiannya menunjukkan matahari hanyalah sebiji
bintang di antara jutaan bintang-bintang. Apabila ilmu astronomi semakin maju
manusia menemui maklumat bahawa kumpulan bintang-bintang yang sangat banyak membentuk
satu galaxy. Ahli astronomi membuat anggaran terdapat kira-kira satu ratus ribu
juta bintang dalam galaxy yang ada planet bumi. Bintang-bintang berpusing
mengelilingi satu pusat yang dipanggil Pusat Sistem Galaxy. Ahli astronomi
membuat kiraan dan mendapati matahari kita mengambil masa 225 juta tahun untuk
mengelilingi Pusat Sistem Galaxy satu pusingan.
Di
samping galaxy yang terkandung planet bumi terdapat pula galaxy-galaxy lain.
Bintang-bintang bagi setiap galaxy mengelilingi Pusat Sistem Galaxy
masing-masing. Ada ahli astronomi membuat kiraan dan menganggarkan terdapat
kira-kira 10 ribu juta galaxy semuanya.
Ukuran
di antara bintang-bintang dan galaxy-galaxy tidak lagi diukur dengan kiraan
batu atau kilometer, tetapi digunakan sukatan tahun cahaya. Cahaya bergerak
selaju 186,000 batu satu saat. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak
matahari kita dengan bintang yang paling hampir ialah 4 ? tahun cahaya.
Tiap
galaxy bergerak dengan kelajuan yang berbeza. Galaxy yang dekat dengan kita
lambat pergerakannya sementara yang lebih jauh lebih pantas pergerakannya. Pada
jarak tertentu galaxy tidak kelihatan lagi kerana ia sudah lebih laju daripada
cahaya lalu membawa cahayanya bersama-sama dan tidak mungkin lagi cahaya
tersebut sampai ke bumi. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak di mana
galaxy membawa cahaya bersama-samanya ialah tidak kurang daripada 13 ribu juta
tahun cahaya. Inilah perbatasan ahli astronomi yang dapat dicapai melalui
bantuan teleskop yang paling canggih. Kesemua galaxy tersebut berada di dalam
satu alam yang bulat dan mengembang seumpama belon yang ditiupkan angin ke
dalamnya.
Hasil
penemuan melalui teleskop melahirkan teori-teori untuk menceritakan keadaan
galaxy-galaxy selepas batas teleskop. Timbullah istilah Group, Metagalaxy,
Teragalaxy dan sebagainya, sehingga sampai kepada yang tanpa batas (infinity).
Teori-teori
tersebut adalah bersifat mungkin dan agak-agak sahaja. Walaupun bersifat
mungkin dan agak-agak tetapi bila disandarkan kepada sains dan teknologi
manusia umum dapat menerimanya sebagai kebenaran. Malangnya teori yang dibuat
oleh ahli agama berdasarkan kitab ilmu alam yang paling jitu yang ‘ditulis’
sendiri oleh Pencipta alam, tidak dapat diterima umum kerana tidak saintifik.
Sains siapa yang lebih hebat di antara sains yang menghidupkan orang ‘mati’
dengan memasukkan darah dan memindahkan organ dengan sains yang membangkitkan
orang yang di dalam kubur hanya dengan berkata, :”Bangunlah kamu dengan izin
Allah”. Sesungguhnya sains “Dengan izin Allah” tidak dapat dicabar dan tidak
mungkin dicabar oleh sains manusia buat selama-lamanya. Oleh itu apabila sains
manusia mengaku kalah berpindahlah kepada sains “engan izin Allah”. Pasti
keterangan yang lebih lanjut dan jelas dapat diperolehi.
Ahli
agama yang mendapat sains “Dengan izin Allah” dinamakan ahli al-hak, ertinya
pakar yang sebenarnya. Ada juga kalangan masyarakat menamakan mereka sebagai
manusia kebenaran atau orang kebenaran. Malangnya pula manusia kebenaran ini
dianggap sebagai orang yang ‘betul bendul’. Tertutuplah rahsianya sebagai ahli
sains yang hakiki dan tidak adalah orang yang bertanyakan perkara sains
kepadanya.
Penghulu
kepada sekalian ahli al-hak, Nabi Muhamamd .s.a.w, telah menjelajah ke seluruh
alam maya sehingga ke puncak yang paling tinggi, yang tidak ada lagi alam
kejadian selepas itu. Baginda s.a.w menceritakan apa yang baginda saksikan.
Cerita yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi pedoman bagi ahli al-hak
yang lain untuk mencungkil rahsia alam maya, seterusnya membina teori alam maya
berdasarkan keterangan Rasulullah s.a.w dan penyaksian mereka sendiri.
Bertaburanlah maklumat tentang alam maya yang telah dikeluarkan oleh
manusia-manusia kebenaran yang tidak pernah mempelajari sains dan tidak tahu
istilah-istilah sains. Mereka menggunakan istilah mereka sendiri. Timbullah
teori bumi berada di atas tanduk lembu. Lembu pula berada di atas belakang ikan
nun. Lembu memakan rumput yang tumbuh di atas belakang ikan. Apabila lembu
bergerak berlakulah kegoncangan di atas bumi. Mendengar teori yang demikian
orang terus menutup telinga, tidak masuk akal, Israiliyat dan karut. Padahal
teori itu dikeluarkan oleh seorang yang diperakui ilmunya oleh Rasulullah s.a.w
kerana baginda sendiri mendoakan agar mengurniakannya ilmu dan kefahaman.
Beliau adalah Ibnu Abbas r.a.
Apabila
ahli nujum membuat teori mengenai bintang 12, di antara 12 bintang tersebut ada
dua bintang yang dinamakan lembu dan ikan. Ada pengaruh mempengaruhi di antara
bintang lembu dengan bintang ikan dan juga bintang-bintang lain kepada penduduk
di atas muka bumi. Teori ahli nujum tersebut diterima dengan penuh yakin
sehingga boleh dikatakan semua orang tahu bintangnya masing-masing. Mereka
boleh percaya kepada bintang lembu dan ikan yang dikatakan oleh ahli nujum
tetapi menolak perkataan ahli kasyaf yang dapat menyaksikan apa yang tidak
dapat dilihat oleh mata kasar.
Kita
kembali kepada Alam Langit Dunia. Kita mulai dari satu planet yang bernama bumi
di mana kita tinggal di atasnya. Planet yang kita tinggal ini dinamakan bumi
kerana kita mendiaminya. Jika kita mendiami bulan maka bulanlah bumi kita. Jika
kita mendiami matahari maka mataharilah bumi kita. Jadi, maksud bumi adalah
relatif. Yang menjadi identiti bumi ialah ia berada di dalam satu kerangka.
Bagi planet bumi kita banjaran gunung-gunung menjadi kerangka. Gunung di atas
bulan menjadi kerangka bulan.
Apabila
planet bumi yang kecil ini berada di dalam satu kumpulan yang mengandungi
berjuta-juta bintang ia dinamakan galaxy. Terdapat banyak galaxy sehingga
sampai kepada satu peringkat semua galaxy tersebut berada di dalam satu
kerangka. Seperti di planet bumi kerangka galaxy juga dinamakan gunung. Ia
diistilahkan sebagai Gunung Qaf. Gunung Qaf merupakan satu alam yang luas yang
terdapat di dalamnya banyak galaxy. Di samping Gunung Qaf yang planet bumi ada
di dalamnya terdapat enam Gunung Qaf yang lain. Jumlah Gunung Qaf semuanya
adalah tujuh. Tujuh Gunung Qaf itu berada atau terapung-apung di dalam ruang
angkasa yang luas yang dikelilingi oleh satu bulatan yang dinamakan Langit
Dunia atau Langit Rendah atau Langit Pertama.
Apabila
planet bumi sudah menjadi terlalu kecil dibandingkan dengan kewujudan yang
lain, konsep bumi itu pun berubah. Pada peringkat ini satu alam di dalam satu
Gunung Qaf dinamakan satu bumi. Tujuh Gunung Qaf menjadi tujuh bumi. Terdapat
tujuh bumi yang dilengkungi oleh Langit Dunia. Seluruh alam di dalam Langit
Dunia ini dinamakan Alam al-Mulk. Jika istilah Alam al-Mulk dirasakan tidak
sesuai maka boleh juga digunakan istilah Universe. Begitulah keadaan Universe
yang digambarkan oleh ahli al-hak berdasarkan penyaksian mata hati mereka.
ALAM
BUMI
Langit
Dunia, iaitu langit pertama merupakan permulaan Alam Malakut Bawah yang
dinamakan juga Alam Barzakh, tempat roh yang meninggalkan jasad berhenti
sementara menunggu ditiup sangkakala. Langit Dunia dengan segala isinya menjadi
satu alam kecil terapung di dalam ruang angkasa alam Langit Kedua. Begitulah
keadaannya sehinggalah sampai ke alam Langit Ketujuh.
Selepas
Langit Ketujuh terdapat satu tingkat Alam Ghaib, bukan lagi Alam Syahadah. Alam
Ghaib ini terdiri daripada benda juga Cuma ia ghaib daripada pancaindera.
Bahagian pertama daripada Alam Ghaib ini dinamakan Sidratul Muntaha. Sidrat
bermakna pokok bidara dan muntaha bermakna yang penghabisan. Sidratul Muntaha
bermakna pokok bidara yang penghabisan. Ia merupakan satu tingkat alam yang
menjadi perbatasan, tempat berhenti perjalanan dan ilmu makhluk yang dari alam
atas dengan alam bawah. Apa sahaja yang datang dari bawah terhenti di Sidratul
Muntaha dan apa sahaja yang turun dari atas juga terhenti di Sidratul Muntaha.
Hanya yang mendapat keizinan dapat menyeberangi perbatasan ini.
Peristiwa
mikraj menceritakan, “Kemudian baginda s.a.w sampai ke langit ke
tujuh…tiba-tiba didapatinya Nabi Ibrahim a.s…Kemudian aku (Nabi Muhamamd s.a.w
diangkat ke Sidratul Muntaha. Tiba-tiba kelihatan buahnya seperti tempayan dan
daunnya seperti telinga gajah”.
Pada
planet bumi kita ada pulau-pulau seperti tempayan dan semenanjung seperti
telinga gajah. Alam Sidratul Muntaha juga mempunyai ciri-ciri yang demikian.
Pada
bahagian tengah Sidratul Muntaha terdapatlah Baitul Makmur yang menjadi pusat
pentadbiran alam bawah. Di bahagian atas Sidratul Muntaha terdapat satu lagi
bahagian Alam Ghaib yang dinamakan al-Kursi berbentuk empat persegi. Seluruh
alam maya yang diperkatakan hingga kini berada di dalam ruang alam al-Kursi
yang ghaib ini. Al-Kursi pula menjadi alam yang kecil di dalam ruang alam Arasy
ar-Rahman, yang masih lagi di dalam peringkat Alam Ghaib. Di bawah daripada
Arasy ar-Rahman terdapat satu kumpulan syurga tujuh tingkat: Darul Jalal,
Darussalam, Jannatul Ma’wa, Jannatul Khuldi, Jannatul Na’im, Jannatul Firdaus
dan Jannatul ‘Adn.
Di
kanan Arasy ar-Rahman terdapat pula sempadan yang memisahkan alam yang di
atasnya dengan alam yang di bawahnya, dinamakan Sidratul Muntaha kedua. Arasy
ar-Rahman dan Sidratul Muntaha kedua berada di dalam ruang angkasa bulatan Alam
Syahadah semula yang dinamakan al-Mastawa. Al-Mastawa bukan lagi Alam Ghaib
tetapi alam nyata. Pada keliling permukaan al-Mastawa terdapat Loh Mahfuz yang
padanya al-Qalam menulis perintah Allah.
Al-Mastawa
dengan segala isi kandungannya berada dalam satu bulatan alam yang juga Alam
Syahadah, yang dinamakan Bumi Rendah atau Bumi Pertama. Alam Bumi Pertama ini
dikelilingi oleh tiga lapisan alam. Lapisan pertama dinamakan Alam Laut.
Lapisan Kedua dinamakan Alam Angin. Lapisan ketiga dinamakan Alam Kegelapan.
Semuanya berada di dalam ruang angkasa Bumi Kedua. Bumi Kedua berada di dalam
ruang angkasa Bumi Ketiga dan Begitulah seterusnya hingga ke Bumi Ketujuh.
Semua
peringkat alam sehingga alam Bumi Ketujuh berada di dalam ruang angkasa bulatan
alam yang dinamakan Alam Gunung Kemurkaan. Alam Gunung Kemurkaan berada di
dalam bulatan alam yang dinamakan Alam Lautan Kegelapan. Di dalam Alam Lautan
Kegelapan di bawah Alam Gunung Kemurkaan terdapat an-Nar atau neraka. Ada tujuh
tingkat neraka: Jahannam, Sa’ir, Luzi, Huthamah, Jahim, Saqar dan Hawiyah.
Alam
Lautan Kegelapan dikelilingi oleh lapisan alam yang dinamakan Alam Kegelapan.
Di dalamnya terdapat Sijjin, penjara tempat disimpan roh-roh dan catatan amalan
orang-orang kafir. Mengelilingi Alam Kegelapan ialah Alam Gunung Pendakian.
Alam Gunung Pendakian dengan segala isinya berada di dalam kerangka yang
dinamakan juga Gunung Qaf. Semua peringkat alam yang diperkatakan hingga kini
termasuklah Gunung Qaf terakhir ini diistilahkan sebagai Alam Bumi. Ia masih di
dalam peringkat Alam Malakut Bawah atau Alam Barzakh.
ALAM
LANGIT-LANGIT
Alam
Bumi bergerak pada satu lakaran mengelilingi satu pusat yang dinamakan Kalbu
Langit-langit. Selepas lakaran pusingan Alam Bumi ada pula tujuh lakaran lain,
menjadikan lapan lakaran semuanya. Pada lakaran pertama hanya Alam Bumi
berpusing mengelilingi Kalbu Langit-langit. Pada lakaran kedua terdapat 70,000
bulatan alam-alam mengelilingi Kalbu Langit-langit. Begitu juga pada lakaran
ketiga sehingga lakaran ke lapan. Bulatan alam pada tujuh lakaran selepas
lakaran Alam Bumi tersebut dinamakan Alam Langit-langit tujuh lapis. Alam
Langit-langit ini sangat indah dan menjadi syurga Barzakh yang sekarang didiami
oleh para malaikat. Ini adalah kumpulan syurga yang kedua, jua mempunyai tujuh
tingkat dan memakai nama yang sama seperti syurga kumpulan pertama.
Selepas
lakaran pusingan Alam Langit-langit ada satu lagi lakaran yang ke sembilan.
Pada lakaran yang ke sembilan ini terdapat dua belas buah bulatan alam yang
juga mengelilingi Kalbu Langit-langit. Alam yang dua belas ini dinamakan Buruj
Alam Atas. Dan diberi nama mengikut lambang malaikat yang memerintah pada
setiap alam tersebut: biri-biri, lembu, kembar dua, ketam, singa, gadis,
neraka, busur panah, kambing, timba dan ikan. Begitulah nama 12 Buruj Alam
Atas.
Sebenarnya
terdapat juga Buruj Alam Bawah, iaitu bintang-bintang tertentu dalam Langit
Dunia yang menjadi tempat pengawalan malaikat, menjaga supaya tidak ada syaitan
yang dapat naik ke atas untuk mencuri maklumat dari alam atas. Mana-mana
syaitan cuba menceroboh akan dipanah dengan panah api. Buruj Alam Atas pula
bukanlah bintang tetapi adalah 12 buah alam yang sangat luas.
Planet
bumi tempat kita tinggal ini apabila ia berpusing satu pusingan pada paksinya
terjadilah satu hari. Apabila ia berpusing satu pusingan mengelilingi matahari
terjadilah satu tahun matahari. Alam Bumi yang besar di dalam Alam Barzakh itu
apabila berpusing satu pusingan di atas paksinya satu hari Alam Bumi yang
dinamakan Hari Allah, bersamaan dengan satu ribu tahun matahari.
“Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. (Surah al-Hajj, ayat 47).
“Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. (Surah al-Hajj, ayat 47).
Ukuran
kelajuan pada peringkat ini bukan lagi kelajuan cahaya tetapi kelajuan
malaikat, nur yang jauh lebih seni daripada sebarang cahaya yang diketahui.
“”Malaikat
dan roh naik kepada-Nya pada satu hari yang kadar ukurannya lima puluh ribu
tahun”. (Surah al-Ma’arij, ayat 4).
Satu
hari perjalanan malaikat bersamaan lima puluh ribu tahun matahari.
Kalbu
Langit-langit memancarkan nur keseluruh alam-alam di sekelilingnya. Nur yang
dipancarkan itu adalah ilmu Allah. Malaikat katibun menerima pancaran tersebut
dan menulisnya di Loh Mahfuz dalam Alam Bumi.
AL-KURSI
YANG AGUNG
Semua
alam-alam yang diperkatakan sehingga ini berada di dalam ruang angkasa al-Kursi
al-A’dzam (al-Kursi Yang Agung), yang menjadi batas terakhir Alam Syahadah.
Alam selepas al-Kursi Yang Agung ini adalah Alam Ghaib yang dinamakan Alam
Misal.
2:
ALAM MISAL
Alam
Syahadah yang berbataskan al-Kursi Yang Agung dengan segala isinya berada di
dalam ruang angkasa Alam Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang
Megah), yang sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. Rasulullah s.a.w
memberi gambaran tentang keluasan al-Arasy al-Majid, “Hai Abu Zar. Langit yang
tujuh dan bumi yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk cincin di
atas padang pasir luas, dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya seumpama sebentuk
cincin di atas padang pasir yang luas pula. Lebihnya al-Arasy daripada al-Kursi
seperti lebihnya padang pasir yang luas daripada sebentuk cincin tersebut”.
Di
bawah al-Arasy al-Majid terdapat pula sempadan yang memisahkan makhluk alam
bawah daripada makhluk alam atas. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke
tiga. Al-Arasy al-Majid mempunyai 18,000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang
terdapat gugusan alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. Syurga
kumpulan ini dinamakan Jannatul Firdaus Atas. Ia merupakan salah satu syurga
yang tidak binasa bila berlaku kiamat. Syurga Jannatul Firdaus Atas menjadi
sempadan terakhir Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah. Al-Arasy al-Majid yang
di dalamnya terkandung Alam Barzakh, sudah termasuk di dalam peringkat Alam
Malakut Atas.
Al-Arasy
al-Majid mengelilingi satu pusat, pada satu lakaran. Pusat yang dikelilingi
oleh al-Arasy al-Majid ini dinamakan Kalbu Alam. Lakaran pusingan al-Arasy
al-Majid merupakan salah satu daripada seribu lakaran. Pada setiap lakaran itu terdapat
satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid. Jadi,
terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Alam-alam tersebut dinamakan
alam Arasy-arasy. Kalbu Alam menjadi pusat dan menguasai Arasy-arasy tersebut.
Al-Arasy
al-Majid sama dengan Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam
yang dinamakan Alam Hijab. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini berada
di dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula, berlapis-lapis sehingga 70,000
lapis bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan Hijab Nur Putih. Kemudian
ia diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang lain, hinggalah kepada beberapa
peringkat. Setiap peringkat mengandungi 70,000 lapisan Hijab. Peringkat
terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan, yang juga terdiri daripada 70,000
lapisan. Peringkat Hijab Ketunggalan berakhir dengan lapisan Hijab yang
dinamakan Hijab Hamparan Emas.
Alam-alam
bermula daripada al-Arasy al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas
merupakan syurga yang dinamakan Iliyyun. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat
seperti syurga-syurga yang lain. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan
orang-orang yang beriman yang baik-baik.
Di
atas permukaan Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke
empat.
Seluruh
alam yang dinyatakan sehingga ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan
al-Arasy al-Karim (al-Arasy yang mulia). Ia menjadi batasan terakhir Alam
Misal.
Manusia
yang berada dalam Alam Syahadah di planet bumi, lebih-lebih lagi yang
terkongkong dengan alam jasad, hanya memandang kepada yang zahir atau nyata
sahaja. Akal fikirannya sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam
Misal. Tetapi bagi seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk
ke dalam Alam Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut, dan mendapati
Alam Misal adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa, seperti Alam
Syahadah juga. Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi nyata dan boleh
berinteraksi dengannya. Jika ada kerusi di dalam alam ghaib itu maka kerusi
tersebut boleh diduduki. Jika ada buah-buahan di sana maka buah-buahan tersebut
boleh dimakan. Begitu juga air yang ada di sana.
Jisim
tipis dalam Alam Misal dipanggil an-Nuur. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang
sangat murni. Ia juga merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam
Alam Syahadah. Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan, ada yang cair seperti
air dan ada yang padat seperti tanah dan logam. Tetapi ia lebih murni, lebih
indah dan lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah.
3:
ALAM ARWAH
Peringkat
terakhir Alam Misal ialah al-Arasy al-Karim, selepasnya bermula pula Alam Arwah
(Alam Roh). Pada Alam Arwah terdapat juga alam-alam Hijab. Seluruh al-Arasy
al-Karim bersama-sama segala isi kandungannya berada di dalam bulatan sejenis
Alam Hijab yang lebih ghaib dan lebih seni. Ada beberapa peringkat Alam Hijab
dalam Alam Arwah. Setiap peringkat ada 7,000 lapis Hijab. Lapisan pertama
daripada Alam Hijab itu dinamakan Hijab Permata.
Hadis
mengenai mikraj menceritakan, “Hingga aku sampai pada Hamparan Emas. Kemudian
aku maju lagi bersama malaikat wakil Hijab Hamparan Emas terus ke Hijab
Permata, lalu mengetuk-ngetuknya. Berkata malaikat di belakang Hijab, ‘Siapa
ini?’ Ia menjawab, ‘Tuan punya Hijab Hamparan Emas dan ini Muhammad Rasul
Rabbil ‘Izzati’. Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Ia pun menghulurkan
tangannya dari bawah Hijab dan meletakkan daku di hadapannya. Begitulah
keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain hingga aku melampaui 70,000
Hijab, tebal tiap-tiap Hijab 500 tahun”.
“Maka meluncurlah bersamaku malaikat itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Ia mengetuk pintu Hijab. Berkata malaikat dari sebalik Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia berkata, ‘Saya tuan punya Hamparan Emas. Ini Muhamamd Rasul al-‘Arabi bersamaku.’ Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku dihadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”.
“Maka meluncurlah bersamaku malaikat itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Ia mengetuk pintu Hijab. Berkata malaikat dari sebalik Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia berkata, ‘Saya tuan punya Hamparan Emas. Ini Muhamamd Rasul al-‘Arabi bersamaku.’ Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku dihadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”.
Semua
lapisan Alam Hijab bermula selepas al-Arasy al-Karim merupakan syurga-syurga
yang dipanggil secara tunggal dengan nama Darul Khulud, negeri yang abadi. Ia
juga mengandungi tujuh tingkat dengan tujuh nama seperti syurga-syurga yang
lain. Jannatul ‘And merupakan syurga yang paling tinggi, paling besar dan
paling indah. Di dalamnya ada Syajaratul Thubi, pokok thubi, yang terdapat
padanya satu syurga yang menjadi induk bagi semua syurga, dinamakan Darul Qarar,
negeri ketetapan.
Di
atas Jannatul ‘And adalah al-Arasy al-‘Adzim, arasy yang besar. Ia dinamakan
juga al-Arasy al-Muhith, arasy yang meliputi, maksudnya meliputi seluruh alam
makhluk. Al-Arasy al-‘Adzim merupakan bulatan terakhir atau kerangka yang
paling luar bagi seluruh alam kejadian, alam makhluk atau apa sahaja yang Allah
ciptakan. Al-Arasy al-‘Adzim mengandungi 70 juta lapisan kulit-kulit yang di
antara satu kulit dengan kulit yang lain terdapat ruang angkasa. Al-Arasy
al-‘Adzim dijadikan daripada nuur, jisim yang bersifat nurani, lagi seni dan
tinggi. Hadis menceritakan tentang nuur al-Arasy al-’Adzim, “Diliputi pada
tiap-tiap hari oleh seribu warna dari nuur”. “(Diliputi) 70,000 warna dari
nuur, tiada dapat dipandang kepadanya oleh seorang pun dari makhluk”.
“Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam keadaan) ia telah merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari) dan lebih kurang lagi”.
“Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam keadaan) ia telah merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari) dan lebih kurang lagi”.
Meskipun
nuur al-Arasy al-‘Adzim itu sangat kuat namun, orang yang mencapai makam yang
tinggi pada sisi Allah dapat mendekatinya tanpa terjadi apa-apa dan
mendapatinya suatu jisim alam yang sangat indah, tiada bandingannya.
Di
bawah al-Arasy al-‘Adzim ada pula Loh Mahfuz yang kedua. Catatan yang tertulis
di sini diambil oleh malaikat dan diturunkan kepada Kalbu Alam yang kemudian
memancarkannya kepada Alam-alam Arasy, termasuklah al-Arasy al-Majid. Dari
al-Arasy al-Majid ia diturunkan pula kepada Kalbu Langit-langit yang
kemudiannya dipancarkan kepada Alam Langit-langit termasuklah Alam bumi di
dalam Alam Barzakh. Begitulah salah satu cara perintah Tuhan turun seperingkat
demi peringkat hingga sampai kepada masing-masing yang telah ditentukan.
Di
bahagian atas al-Arasy al-‘Adzim yang paling luar dan paling tinggi terdapat
satu alam yang besar dan indah dinamakan Qubah. Ia merupakan tempat yang paling
tinggi dalam seluruh alam makhluk. Qubah ini merupakan syurga yang lebih indah
daripada syurga-syurga yang lain. Ia juga terdiri daripada tujuh peringkat
syurga seperti syurga-syurga yang lain.
Di
dalam alam Qubah yang besar ini, pada bahagian yang paling atas, terdapat satu
Qubah yang lebih kecil yang terdiri dari Permata Putih, berupa seperti sebuah
mahligai yang besar terapung di ruang angkasa Qubah besar. Qubah Permata Putih
ini merupakan tempat terakhir perjalanan mikraj Rasulullah s.a.w.
Qubah besar menjadi pusat pentadbiran alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana bagi Qubah besar.
Qubah besar menjadi pusat pentadbiran alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana bagi Qubah besar.
Apabila
dilihat kepada keseluruhan alam makhluk maka bahagian yang ada Qubah itu
diisyaratkan sebagai bahagian atas. Jika dibandingkan dengan sebiji buah maka
Qubah itu adalah umpama tampuk yang menentukannya sebagai bahagian atas dan
lawannya sebagai bahagian bawah.
Hingga
kepada al-Arasy al-‘Adzim yang terdiri daripada 70 juta lapisan dengan Qubah di
bahagian atasnya, maka tamatlah perbicaraan mengenai Alam Malakut Atas dan
berakhir juga ilmu manusia tentang alam. Al-Arasy al-‘Adzim itulah kerangka
alam. Ia adalah sebesar-besar makhluk. Seluruh alam atau kejadian yang Tuhan
jadikan berada di dalamnya. Sekaliannya dinamakan Alam sahaja, atau dinamakan
juga Alam Kejadian atau Alam Makhluk atau A’yan Luar atau al-Mumkinat (segala
yang mungkin) atau Alam Yang Baharu atau Yang Selain Allah. Semuanya menggambarkan
apa yang termasuk di dalam kalimah “KUN” (jadilah kamu).
Jisim
dalam Alam Arwah bersifat latif atau halus atau murni atau terlebih ghaib.
Insan yang tinggi makamnya pada sisi Allah memasuki alam yang terlebih ghaib
ini dan mendapati alam ini sama seperti Alam Syahadah juga, berjisim dan
berbentuk benda dalam bebagai-bagai keadaan yang boleh disaksikan dan dirasa.
Jadi, seluruh alam, iaitu Alam Syahadah, Alam Misal dan Alam Arwah merupakan
alam benda yang jika diizinkan boleh disaksikan samada dengan pancaindera
ataupun dengan hati. Hati insan bersifat nurani, sama seperti sifat Alam
Malakut. Kekuatan pancaran nuurnya boleh menembusi tujuh petala langit dan
tujuh petala bumi untuk menyaksikan dan memperolehi makrifat tentang Alam
Makhluk atau Alam Kejadian.
“Orang
yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia beroleh nuur
dari Tuhannya”. (Surah az-Zumar, ayat 22).
“Allah
jualah nuur bagi semua langit dan bumi”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Perumpamaan
nuur-Nya seperti sebuah lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita.
Pelita itu berada di dalam kaca. Kaca itu bagaikan bintang berkilau-kilauan.
Dinyalakan dari pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun yang bukan dari
timur dan bukan dari barat. Hampir minyaknya mengeluarkan cahaya dengan
sendirinya biarpun tidak disentuh api”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Nuur
di atas nuur”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Dipimpin
Allah kepada nuur-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya”. (Surah an-Nuur, ayat
35).
PENUTUP
Bagaimana
ahli al-kasyaf menyaksikan alam yang begitu luas dan jauh? Adakah dia perlu
menaiki sejenis kenderaan dan terbang ke seluruh alam maya untuk
menyaksikannya? Nabi Muhamamd s.a.w telah menaiki boraq dan mengembara ke
seluruh alam di bawah bumbung Langit Dunia (Langit Pertama). Kemudian baginda
s.a.w mikraj menggunakan tangga yang dihulurkan dari alam atas seumpama lif
yang dibawa turun dari tingkat atas. Tetapi boraq hanya untuk kegunaan
nabi-nabi tidak bagi manusia biasa, walaupun seorang yang kasyaf. Namun, Allah
s.w.t mempunyai caranya sendiri untuk memperlihatkan alam ciptaan-Nya kepada
sesiapa yang Dia kehendaki.
Cuba
kamu pandang kepada sebuah bangunan. Kamu dapat melihat bangunan tersebut
kerana ada cahaya dari sumber cahaya iaitu matahari. Cahaya matahari menerpa ke
arah bangunan itu lalu membawa seluruh bangunan tersebut kepada mata kamu. Mata
kamu juga bercahaya sebagai persediaan untuk menerima pancaran cahaya matahari
yang datang. Jika mata kamu terpejam atau berselaput tidak mungkin cahaya
matahari boleh memasukinya. Pertemuan cahaya matahari dari atas dengan cahaya
mata di bawah melahirkan gambar pada belakang bola mata kamu. Gambar yang
tertera pada skrin bola mata kamu itu dalam keadaan terbalik. Otak berperanan
membetulkannya kembali. Otak boleh berfungsi sebagai kesan aktiviti akal.
Akallah yang melihat bangunan tersebut. Seluruh bangunan yang begitu besar
boleh masuk ke dalam akal kamu.
Andainya
kamu berada di tempat yang tinggi dan pandangan kamu cukup kuat maka kamu boleh
melihat seluruh planet bumi berada di dalam akal kamu. Akal kamu menjadi
seperti satu ruang angkasa yang luas yang memuatkan planet bumi. Jika kamu
berada pada tempat yang lebih tinggi dan pandangan kamu lebih kuat kamu akan
dapat menyaksikan seluruh Alam Syahadah. Begitulah keadaannya hingga kamu dapat
melihat seluruh Alam Misal dan Alam Arwah. Jadilah diri kamu seolah-olah satu
ruang angkasa yang di dalamnya terapung-apung seluruh alam makhluk.
Jika
kamu memandang kepada sebuah bangunan maka bangunan itu yang datang kepada kamu
bukan kamu yang pergi kepadanya. Kamu tidak bergerak satu langkah pun. Begitu
juga keadaan ahli al-kasyaf yang tidak bergerak dari tikar sembahyangnya namun
dia dapat menyaksikan seluruh alam makhluk. Keadaan ini boleh terjadi kerana
Allah jualah nuur bagi langit dan bumi. Nuur-Nya juga memancar di dalam kalbu
orang mukmin. Nuur di atas nuur. Nuur dari alam atas membawa turun seluruh alam
kejadian dan dapat ditangkap oleh nuur di bawah iaitu kalbu orang mukmin. Jadi,
kalbu orang mukmin itu meliputi seluruh alam makhluk tanpa dia perlu terbang ke
mana-mana.
“Dipimpin
Allah kepada nuur-Nya siapa yang Dia kehendaki”.
“Katakanlah:
Roh adalah urusan Tuhanku”.
Urusan
Tuhan, inilah makam terakhir seorang hamba. Tidak ada apa-apa lagi padanya
melainkan urusan Tuhan. Apabila dia sudah larut di dalam urusan Tuhan maka
urusan Tuhanlah yang memperjalankannya ke seluruh alam maya hingga terdampar ke
Sidratul Muntaha. Seterusnya memanjat ke Qubah yang menjadi puncak segala alam
kejadian. Tidak ada apa-apa lagi kecuali: “ALLAH, RABBIL ‘IZZATI!’
Allah
jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh.